memang betul kemewahan yg kita miliki tidak dapat menjamin kebahagiaan sesebuah perhubungan...di sini saya ada senaraikan antara tips-tips utk terus kekal bahagia dalam perhubungan...kita hanya mampu berusaha,tetapi kuasa Allah adalah segala-galanya
Memuji pasangan anda
Setiap pasangan perlu puji memuji dalam perhubungan tidak kira dalam aspek ape pon..selalu lah memuji kecantikan isteri,masakan isteri,selalu mengucapkan kata-kata manja utk isteri anda.
Memeluk Pasangan
Setiap pasangan harus memeluk pasangan masing2 setiap hari..ini menunjukkan kebahagiaan dan kemanjaan kita pada pasangan kita...disyorkan setiap kali ingin ke tempat kerja,peluk lah pasangan utk lebih mengeratkan hubungan suami isteri..
Penghargaan
Seringkali mengucapkan terima kasih kepada pasangan utk menyatakan penghargaan kita kepada pasangan..amalan memberi hadiah kepada pasangan adalah sgt di galakkan kerana dapat menambahkan kasih sayang
Memberikan Perhatian
Yang ini paling penting dalam perhubungan..kita mesti mengambil berat pada pasangan kita..kerana kurang perhatian daripada kita,ia akan membuatkan pasangan merasakan yang dirinya diabaikan dan ini boleh merenggangkan perhubungan
Persefahaman Antara Satu sama Lain
Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dalam setiap perkara...pasangan hendaklah memahami setiap pekerjaan pasangan.
Menjaga Pergaulan Dengan Orang Lain
Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,menimbulkan perasaan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga
Merancang Percutian Dengan Pasangan
Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
Permohonan Daripada Allah
Berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta di jauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia

No comments:
Post a Comment