Pernah dengar atau kenal tak dengan badan beruniform yg di kenali sebagai Unit Amal??
kalau x pernah dgr,cuba tgk video nih dulu..
klik sini dan
sini...orang cakap,kalau x kenal,maka x cinta...btol kan? hehe
setiap kali berlangsungnya ceramah, terjadinya bencana banjir,tanah runtuh, atau berlangsung nya program-program yang berkaitan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS),pasti anda akan melihat sekumpulan anggota badan beruniform yang memakai uniform berwarna
merah...bagi yang belum mengenalinya,tentu anda akan tertanya-tanya,siapakah sekumpulan anggota ini? dari mana mereka datang? untuk apa mereka datang??...
untuk pengetahuan anda,mereka adalah anggota Jabatan Amal atau lebih di kenali sebagai Unit Amal atau Tentera Merah...apakah Unit Amal tu???...kali ini saya akan ceritakan sedikit tentang "Tentera Merah" ini...
Sejarah Penubuhan
Sejarah penubuhan Unit Amal dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk
Lajnah kebajikan Dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda Pas Pusat Sesi 1989/1991...Kemudian ianya disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Pusat kali ke-4 pada 4 Julai 1989 dengan di gerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang dari Terengganu yang dikenali mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform..Moto Unit Amal adalah "Beramal Kerana ALLAH"
Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajkan dan Rekreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal,Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran Tersebut telah di sempurnakan oleh
Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama') AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu pada masa itu..Sekarang ini beliau adalah Ketua Syura Ulama PAS..
 |
Pelancaran Unit Amal dirasmikan oleh
Tuan Guru Haji Harun Taib |
Tuan Haji Hussin Ismail (cikgu Hussin) telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama..Bermula tarikh tersebut,Unit Amal mempertingkatkan penubuhannya di seluruh negeri dan kawasan..Pada tahun 2012,Unit Amal telah mempunyai cawangannya di setiap kawasan di setiap negeri..
 |
| Tuan Haji Hussin selaku Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama |
Pada tahun 2002
,saudara
Jamuliddin Elias telah dipilih sebagai ketua Pengarah Unit Amal yang ke-2 menggantikan Tuan Haji Hussin..Di bawah gerak kerja saudara Jamuliddin Elias,berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat dalam memberikan khidmat kepada masyarakat dan PAS khasnya..beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Unit Amal sehingga tahun 2005...untuk pengetahuan anda,saudara Jamuliddin Elias juga adalah bekas tawanan israel semasa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada tahun 2010..
 |
Saudara Jamuliddin Elias
adalah ketua Pengarah Unit Amal yang kedua |
Mulai Julai 2005,
Saudara Jamsari Marsom telah di pilih sebagai Ketua pengarah Unit Amal yang baru menggantikan saudara Jamuliddin Elias yang telah telah melebihi had umur pemuda..beliau terus di pilih untuk menerajui sebagai Ketua Pengarah sehingga sekarang..
.jpg) |
Saudara Jamsari Marsom
adalah Ketua Pengarah yang ketiga. |
Semasa YB Salahudddin Ayub memegang jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 2003 hingga 2009,pelbagai perubahan drastik dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpukan hubungan dengan masyarakat sesuai dengan Misi dan Visi baru Dewan Pemuda PAS Pusat..
Seragam Uniform Unit Amal pada awal penubuhan adalah berwarna hijau...akan tetapi,bermula Februari 2006,Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) yang berwarna merah terang yang lebih ceria,sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini..Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah di sempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan,
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat di Perdana Resort,PCB kota bharu kelantan...
berikut adalah logo Unit Amal sepanjang penubuhannya bermula tahun 1991 hingga sekarang:
 |
| Logo yang diguna pakai sekarang |
dah tahu dah serba sedikit tentang Jabatan Amal? ok,kalau camtu,sekarang kita akan tengok ape pulak aktiviti-aktiviti Unit Amal bersama masyarakat..
 |
| membaiki rumah |
 |
| gotong royong |
.jpg) |
| pengurusan jenazah |
 |
| tahun baru cina bersama masyarakat Tionghua |
 |
| ziarah kematian |
 |
| bantuan bencana banjir |
Unit Amal juga di kenali sebagai tentera rakyat setiap kali berlangsungnya perhimpunan aman, ceramah, dan program-program kemasyarakatan..
.jpg) |
| kutipan derma |
.jpg) |
| sebelum perhimpunan aman |
 |
| menjadi "pagar" semasa perhimpunan aman |
 |
| menjadi benteng rakyat |
 |
| unit amal sentiasa bersama rakyat |
itulah sedikit pengenalan tentang Unit Amal....semoga perjuangan murni mereka semua akan di rahmati dan di ganjarankan oleh Allah dengan pahala di akhirat kelak,insyallah....teruskan perjuangan,rakyat bersama mu.."Beramal Kerana Allah"
No comments:
Post a Comment