Thursday, 10 October 2013

Jaulah Ilmiah '13 ( Hari Kedua )

ok...sambungan dari artikel sebelum ini..Jaulah Ilmiah Hari Pertama


Pada hari kedua,kami sempat melawat ke beberapa tempat yang menarik di sekitar Terengganu seperti
Pasar Payang,
Bukit Puteri,
Taman Tamadun Islam,
Masjid Kristal
Muzium.

Pada malam nye,kami mengadakan satu majlis BBQ...beramah mesra bersama para peserta di samping tayangan video dan cabutan bertuah...memg gempak lah derrr malam tu.

Tuesday, 8 October 2013

Jaulah Ilmiah '13 ( Hari Pertama )


Alhamdulilah....pada 2-4 Oktober 2013,telah diadakan satu program lawatan yang dinamakan " Jaulah Ilmiah '13 " ke Terengganu.
Di sertai oleh 55 orang pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ) dari Jabatan Ijazah Syariah KUIN-KIAS.. termasuk lah aku..hehe.

Walaupon mengalami sedikit kelewatan ketika bertolak,Alhamdulilah para peserta masih mampu bersabar.


Antara tempat menarik yang sempat kami lawati adalah :

Wednesday, 3 July 2013

Himpunan Ayat2 Cinta




Allah tidak akan mendekati seseorang sebelum orang itu mendekatiNya dan amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan.... -Hadith-

Tuesday, 2 July 2013

Imam Abu Daud

NAMA SEBENAR
  • Sulaiman bin Al Asy'ats bin Syadad bin 'Amru bin 'Amir (Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim.)
  • Sulaiman bin Al Asy'ats bin Basyar bin Syadad (Menurut Muhammad bin Abdul Aziz Al Hasyimi)
  • Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin Imran bin Al Asy'ats bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin Amr bin Imran atau disebut sebagai Amir Al Azdy As Sajistaany
  • Menurut Abdurrahman bin Abi Hatim, bahawa nama Abu Daud adalah Sulaiman bin al Asy’ats bin Syadad bin ‘Amru bin ‘Amir.
  • Menurut Muhammad bin Abdul ‘Aziz Al Hasyimi nama Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Basyar bin Syadad.
  • Ibnu Dasah dan Abu ‘Ubaid Al Ajuri berkata bahawa nama Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al Asy’ats bin Ishaq bin Basyir bin Syadad. Pendapat ini di perkuat oleh Abu Bakr Al Khathib di dalam Tarikhnya dan di dalam bukunya beliau menambahi dengan Ibnu ‘Amru bin ‘Imran al Imam, Syaikh as Sunnah, Muqaddimu al huffazh, Abu Daud al-azadi as-Sajastani, muhaddits Bashrah.


Saturday, 11 February 2012

Keajaiban Kaabah Menurut Kajian sains

Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah..Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad S.A.W. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T...Makkah adalah kota paling suci bagi umat Islam.Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di kota Makkah untuk solat..Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupseseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahn di tempat tersebut..Di sini juga terletaknya Al Masjidil Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.




Friday, 10 February 2012

Jabatan Amal

Pernah dengar atau kenal tak dengan badan beruniform yg di kenali sebagai Unit Amal??
kalau x pernah dgr,cuba tgk video nih dulu..klik sini dan sini...orang cakap,kalau x kenal,maka x cinta...btol kan? hehe

setiap kali berlangsungnya ceramah, terjadinya bencana banjir,tanah runtuh, atau berlangsung nya program-program yang berkaitan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS),pasti anda akan melihat sekumpulan anggota badan beruniform yang memakai uniform berwarna merah...bagi yang belum mengenalinya,tentu anda akan tertanya-tanya,siapakah sekumpulan anggota ini? dari mana mereka datang? untuk apa mereka datang??...

Thursday, 9 February 2012

Dosa Akibat Mendedah Aurat

"aku tak tutup aurat,aku punya pasal la....bukan susahkan kau pon.."

Pernahkan korang mengalami cacian seperti di atas jika korang menegur seseorang yg tidak menutup aurat atau melakukan maksiat??..x kiralah yg korang tegur tu laki ke pompuan..

Sebenar nya diorg silap sekiranya berkata camtu...sekiranya kita tidak menutup aurat,bukan hanya kita sahaja yg menanggung dosa,bahkan org yg terdekat dgn kita....kalau hanya diri kita sendiri je yg berdosa jika x tutup aurat,boleh la kalau nak ckap camtu...tp tahu kah anda,org di sekeliling kita juga akan berdosa sekiranya kita tidak menutup aurat...x caye?? meh nak kabo sikit kt korang...kalu ada yg sero hati tu,mtak maaf byk lah deh..sekadar peringatan je..